BUDAYA CIPLAK HARUS DITANGANI

 Assalammualaikum semua ๐Ÿ‘€๐Ÿ‘€




Apakah maksud dengan ciplak? 

Menurut Kamus Dewan, plagiat atau ciplak atau plagiarisme bermaksud "perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tetapi mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri. 

Mengikut berita diatas, terdapat berlaku banyak ciplak di mana terdapat penulis atau karya sasterawan yang memplagiatkan karya sastera atau puisi penulis lain ke dalam hasil kerja mereka. Hal ini telah menimbulkan kemarahan dan tidak puas hati dalam kalangan penulis dan karya sasterawan. Mereka mencadangkan mengenakan hukuman seperti saman sivil ke penciplak dan memberikan pampasan kepada penulis asal. Mereka juga berpendapat untuk memboikot kesemua karya yang diciplak oleh penciplak.  Penulis veteran dalam sastera kebangsaan dan Tamil, M. Mahendran dari Bentong, Pahang merasakan perlunya memberi tunjuk ajar kepada peserta bengkel penulisan. Selain itu, kesan dan implikasi negatif jenayah plagiat perlu diuar-uarkan kepada masyarakat umum. Di samping itu, penulis muda harus diberi galakan untuk menulis karya asli dan karya mereka akan diterima walaupun dengan menggunakan bahasa mudah. 

Pada pendapat saya, isu plagiat atau ciplak dalam karya haruslah dibendung dengan secepat mungkin bagi memastikan suatu karya itu masih berkualiti dan asli. Ini juga bagi memastikan kedudukan penulis asli tidak terancam dengan penciplak dan mengelakkan penciplak mengambil semua hasil jualan atau honorarium terhadap sesuatu karya. Bukan itu sahaja, anugerah-anugerah yang diterima harus dipulangkan kerana penciplak tidak boleh dijadikan contoh dalam kalangan penulis. Karya-karya yang diciplak haruslah didedahkan kepada masyarakat khususnya golongan pembaca agar mereka dapat mengenal pasti karya yang asal. Penciplak juga haruslah memohon maaf secara terbuka kepada penulis asli sebagai tanda mengaku salah. 




Comments