PENGGUBALAN AKTA ANTI LOMPAT PARTI

 ASSALAMMUALAIKUM 👀



Penggubalan akta anti lompat parti merupakan cadangan pembentukan atau penggubalan undang-undang baru yang dibentuk melalui perundangan yang masih belum diluluskan dan diberikan perkenan raja bagi menghalang perbuatan seorang ahli politik, lazimnya yang berjawatan, berpindah kesetiaan daripada satu parti politik ke parti politik yang lain. 

Matlamat penggubalan akta ini adalah :

1. Untuk memastikan ahli politik menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada parti politik 

2. Untuk memastikan peranan wakil rakyat lebih berkualiti

3. Untuk memastikan politik negara sentiasa stabil. 



Namun begitu, terdapat juga bantahan untuk meggubal akta ini kerana sebahagian ahli politik berkata bahawa fenomena lompat parti hanyalah simptom, bukannya penyakit, Jika undang-undang hanya bermatlamat untuk merawat simptom, maka ia akan gagal. Isu sebenar ialah kehilangan sokomngan majoriti di Dewan Rakyat atau Dewangan Undangan Negeri 



Setelah saya baca tentang semua artikel tentang akta ini, bagi pendapat saya, kerajaan haruslah mempercepatkan proses penggubalan akta anti lompat parti ini bagi menghalang isu lompat parti ini beterusan dan setersunya menggugat kestabilan politik di negara ini. Bukan itu sahaja, apabila seseorang ahli politik itu lompat parti ia akan menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap parti itu sendiri dan ia akan menjadikan masyarkat berpandang rendah terhadap politik Malaysia yang kucar-kacir. Penggubalan akta ini bukan mudah kerana perlu ada sokongan 2/3 daripada suara ahli parlimen namun begitu kerajaan haruslah memikirkan cara untuk memperolehnya bagi membendung isu lompat parti ini daripada berterusan.

Comments