MIKROPLASTIK ANCAM HIDUPAN LAUT DAN MANUSIA

 Assslammualaikum semua 👀✌



Apa itu Mikroplastik ??
  • Mikroplastik adalah plastik kecil yang panjangnya tidak melebihi 5mm  
  • Ukuran yang halus membolehkan ia masuk kedalam organ dalaman hidupan marin seperti ikan dan kemudian dimakan oleh manusia 
  • Terbahagi kepada 2 jenis iaitu mikroplastik primer dan sekunder
1. Mikroplastik Primer 
  • Sejenis yang sedia ada dihasilkan 
  • Contohnya : biji-biji plastik terdapat dalam komestik, scrub muka, sabun, pencuci muka dan kadang-kadang terdapat dalam ubat gigi
2. Mikroplastik Sekunder
  • Ia terurai secara natural 
  • Contohnya : pemecahan plastik yang lebih besar seperti plastik sampah akibat persekitaran seperti cuaca, hujan panas, cahaya matahari atau tekanan fizikal di laut menyebabkan ia terurai

Daripada artikel di atas, saya telah mendapati bahawa penggunaan plastik yang berleluasa akan mendatangkan kesan buruk kepada hidupan laut dan manusia. 

Antara kesan buruk penggunaan plastik ialah : 

  • Menjejaskan kesihatan manusia seperti boleh mendatangkan penyakit kanser
  • Mengancam nyawa hidupan laut 
  • Susah untuk dilupuskan 
  • Persekitaran menjadi kurang bersih 

    


Cara untuk mengurangkan penggunaan plastik : 
  • Menggunakan beg kertas atau beg kain semasa membeli-belah 
  • Melatih rakyat untuk menggunakan konsep 3R iaitu REUSE, REDUCE, and RECYCLE
  • Menggantikan straw plastik kepada straw besi
  • Tidak menggunakan bekas makanan polistrin 
  • Mengadakan kempen tentang cinta alam sekitar 





Comments