KEBAIKAN MEMPELAJARI SUBJEK APLIKASI KOMPUTER 💻

 KEBAIKAN MEMPELAJARI SUBJEK APLIKASI KOMPUTER 




Apa yang saya belajar daripada kelas ini ialah saya dapat mengetahui dan mempelajari aplikasi-aplikasi komputer seperti Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Access dengan lebih mendalam. Kelas aplikasi komputer juga mengadakan peperiksaan praktikal kepada semua pelajar bagi mengetahui tahap pencapaian masing-masing terhadap penggunaan aplikasi komputer tersebut. Subjek ini amat penting kepada semua pelajar kerana setiap aplikasi komputer yang dipelajari dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian serta dapat memudahkan diri pelajar apabila masuk ke alam pekerjaan. 




Secara keseluruhannya, subjek ini amat penting bagi mendedahkan dan menambahkan ilmu pengetahuan pelajar tentang aplikasi komputer. Bagi pelajar yang sudah berkemahiran, mereka boleh mengasahkan lagi kemahiran mereka terhadap penggunaan aplikasi komputer. Saya berasa bahawa subjek ini perlu didedahkan kepada semua peringkat pelajar bermula dari sekolah rendah hingga ke peringkat universiti kerana terdapat banyak kebaikan yang dapat diperolehi oleh pelajar.



Comments