CARA-CARA MEMBUAT MUFFIN COKLAT 🧁

 CARA-CARA MEMBUAT MUFFIN COKLAT MENGGUNAKAN RESEPI MUDAH 


BAHAN-BAHAN : 

  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula perang                                       
  • 100ml susu segar
  • 120ml minyak jagung
  • 1/2 sk esen vanila
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan cho chips

CARA- CARA

1. Satukan semua bahan di dalam bekas. Kacau sebati
2. Ayakkan tepung gandum bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko.
3. Masukkan bahan yang diayak di dalam bahan  yang telah dikacau sebati tadi. Gaul rata
4. Masukkan pula coklat chip. Gaul sedikit.
5. Tuang adunan ke dalam cup (3/4 penuh) dan taburkan chocolate chips di atasnya sebagai hiasan.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah Celsius selama 20 minit atau sehingga masak.





Hasil daripada resepi dan tontonan video diatas, saya telah berjaya membuat muffin coklat untuk dijamu selera. Dengan adanya video serta resepi ini, ia telah memudahkan kerja saya serta video yang disampaikan itu sangat mudah difahami kepada golongan "first timer" seperti saya. Berikut merupakan hasil tangan saya :




SELAMAT MENCUBA !!


Comments