MY FIRST NEPHEW๐Ÿ˜‹

Assalammualaikum semua ๐Ÿ‘€

Kalau kamu semua nak tahu minggu ini merupakan minggu yang paling kami sekeluarga nanti-nantikan ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹ nak tahu tak kenapa ๐Ÿ˜™๐Ÿ˜š ia adalah kerana satu-satunya anak buah saya balik๐Ÿ˜†. Kami teruja kerana boleh dikatakan hampir 2 tahun kami tidak dapat jumpa baby tu. Mana taknya negara Malaysia kan dilanda kes covid yang banyak ๐Ÿ˜ฅ. Boleh dikatakan kali terakhir kami jumpa dia adalah waktu dia baru 2 ke 3 bulan begitu. 


Gambar diatas inilah anak buah saya. Nama diberi Muhammad Nur Azmi bin Muhammad Nur Amin. Azmi lahir pada 2 Julai 2020 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Azmi merupakan salah seorang bayi kelahiran pramatang. Tapi alhamdulillah perkara ini tidak menghalang Azmi untuk terus membesar dengan baik. 


Mereka pulang ke rumah pada hari rabu malam dan pulang semula ke rumah mereka pada hari sabtu. Bermula pada hari khamis, saya telah membawa dia jalan-jalan di taman permainan pada waktu petang. Selain itu juga, saya telah membeli kolam untuk dia bermain air๐Ÿ˜‹๐Ÿฅฐ. Muka gembira yang ditunjukkan oleh Azmi membuatkan saya berasa sangat gembira dan teruja ๐Ÿฅฐ๐Ÿคฉ. Bukan itu sahaja, saya telah mengosongkan jadual rutin harian saya hanya untuk melayan dia dan bermain dengan dia. 


Berikut merupakan video yang paling digemari oleh Azmi jika saya membuka Youtube Kids Channel :







Comments