RASUAH MEMBAWA PADAH

 Assalammualaikum semua


Untuk pengetahuan semua, harini saya nak kongsikan kepada anda semua tentang satu topik hangat yang sering dibangkitkan oleh media massa dari dulu sehingga sekarang🧐🥵


Apakah itu rasuah? Rasuah ialah apa-apa penerimaan atau pemberian suapan sebagai dorongan atau upah untuk seseorang kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah bahawa golongan ulama dan umara tidak boleh memejamkan mata, memekakkan telingan dan membisukan lidah terhadap pembuatan rasuah. Baginda juga bertitah kesejahteraan sesuatu bangsa dan kemakmuran negara dipengaruhi oleh sifat dan akal bicara seseorang pemimpin. 



Ingin saya membuat sedikit kesimpulan tentang apa yang saya pelajari dari berita ini. Sebagai seorang manusia lagi-lagi bagi yang beragama islam, kita tidak seharusnya melakukan perbuatan rasuah kerana ia akan menjatuhkan maruah negara, diri dan keluarga. Bukan itu sahaja, ia juga akan menjejaskan sistem pentadbiran di negara kita sehingga menjadi huru-hara. Lebih teruk lagi, seseorang penjenayah itu akan ditangkap atas kesalahannya dan dibuang pekerjaan seterusnya akan menyebabkan keluarganya hidup sengsara. Banyak langkah yang boleh kita lakukan seperti memperkasakan penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada, mengadakan kempen perangi rasuah secara berleluasa dan secara berterusan dan sebagainya.




Comments